Kisah Benar 1. 

Kedapatan dikalangan ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir( PMRAM) yang begitu bersemangat untuk bersama-sama meraikan IHSAS sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi IHSAS sehingga ada yang didapati sehari sebelum bermulanya program perasmian IHSAS ramai di kalangan ahli PMRAM yang berpusu-pusu ke Abbas Aqqad semata-mata untuk menghormati protokol majlis rasmi IHSAS iaitu memakai kasut 'bertutup'. Alangkah malangnya walaupun niat mereka murni tapi apakan daya kasut yang diidam-idamkan tidak sesuai dengan kaki yang kecil molek.

Kisah Benar 2.

Setiap kali selepas mengadakan perjumpaan AJK Esekutif IHSAS solat hajat dilaksanakan tanda pengantungan pada Allah SWT. Mungkin ada pihak yang tidak suka kepada solat hajat namun bagi mereka yang memahami bacaan yang terkandung di dalam solat tersebut merasakan pelaksanaan pelbagai perancangan sahaja tidak cukup tanpa penggantungan kepada Allah SWT.

Pihak IHSAS online mendapati di dalam kesibukan setiap AJK dan peserta IHSAS berhadapan dengan pelbagai program yang di atur semasa IHSAS, mereka masih ada masa untuk solat dhuha dan membaca ma'surat selepas solat magrib.

Kisah Benar 3.

Tahukah anda perjalanan paling jauh untuk ke IHSAS ditempuhi oleh Saudara Mohd. Izuddin Mohd. Nazir perwakilan dari Ikatan Persaudaraan Islam jepun (IPIJ). Beliau telah menempuh perjalanan sejauh 26 jam dan tiba di Kaherah dan kemudian terus menyertai Persidangan Islam Sedunia dan didapati tidak mendapat rehat secukupnya selama 43 jam. 

Kisah Benar 4.

Mungkin untuk menghilangkan kepenatan selepas kolukium ataupun bagi memenuhi masa yang terluang Ustaz Rosli Azmir dari Masa Perkindo memencilkan diri berdekatan dengan ruangan pameran IHSAS sambil membaca buku MARIA. Beliau dijumpai oleh wartawan IHSAS online sedang duduk dengan penuh tekun dan khusyuk membaca buku tersebut tanpa sedar gelagatnya sedang diperhatikan.