Deklarasi Kaherah 2001

Sempena Persidangan Mahasiswa Islam Malaysia Sedunia 8 dan 9 April 2001 bersamaan 14 dan 15 Muharram 1422

 
AGAMA
1.  " Menyelaraskan manhaj gerakan mahasiswa dengan menekankan aspek tarbiyah kendiri dan haraki untuk mencetuskan perubahan besar di peringkat masyarakat ke arah penerimaan dan perlaksanaan Islam yang menyeluruh."
 
POLITIK
2.  "Memulihkan sistem politik Malaysia dengan menghormati prinsip- princip demokrasi sebagai wasilah menegakkan kebenaran, keadilan dan perpaduan dengan memberi hak kepada warga negara yang layak untuk memilah mana- mana parti bagi membentuk kerajaan tanpa sebarang tekanan dan sekatan."
 
SOSIAL
3.  " Mewujudkan masyarakat harmonis dan berakhlak mulia yang bertunjangkan keluarga bahagia untuk merealisasikan integrasi nasional dengan sokongan pelbagai pihak."
 
EKONOMI
4.  " Mengukuhkan ekonomi umat Islam dengan menggalakkan penyertaan dalam pelbagai sektor dan menggiatkan kerjasama ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa berpaksikan sistem ekonomi Islam."
 
PENDIDIKAN
5.  " Mengislah sistem pendidikan negara dengan memberi penekanan kepada aspek penghayatan nilai- nilai murni disamping menitikberatkan keluasan ilmu dan kepelbagaian kemahiran."
 
PERUNDANGAN
6.  "Memulihkan sistem kehakiman, pendakwaan dan perundangan selaras dengan konsep keadilan dan kebenaran di dalam pelaksanaannya di Malaysia."
 
KESELAMATAN
7.  "Memastikan keselamatan negara terjamin daripada sebarang ancaman dalaman dan luaran dengan mempertingkatkan pertahanan negara dan keupayaan pasukan keselamatan."
 
SAINS DAN TEKNOLOGI
8.  " Membudayakan masyarakat dengan aplikasi sains dan teknologi yang berteraskan Islam, penumpuan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk melahirkan masyarakat pengeluarkat teknologi."
 
ANTARABANGSA
9.  " Menjalinkan hubungan yang lebih erat di kalangan umat Islam sedunia dengan meninkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjurus ke arah penyatuan fikrah dan tindakan."
 
WANITA DAN KANAK
10.  " Membela hak- hak wanita dan memartabatkan statusnya selaras dengan Islam serta mengiktiraf peranan wanita dalam pembentukan generasi dan kemasyarakatan."