Perjuangan mahasiswa dan peranan mereka perlu dinilai sebagai aset yang penting di dalam pembangunan negara dan masyarakat. Mahasiswa selaku bakal pemimpin negara dan penggerak massa seharusnya menyedari peranan yang mesti dimainkan oleh mereka di dalam menetukan arah tuju masyarakat dan membawa mereka kepada penghayatan manhaj islam. Mahasiswa al-Azhar yang terpimpin dengan asas keislaman, keilmuan dan pengorbanan dilihat sebagai golongan yang tertuntut untuk melunasi matlamat ini. Perayaan ini diadakan sebagai usaha mengembalikan  sensitiviti seluruh masyarakat mahasiswa islam akan peranan dan tugas sebenar mereka kepada agama, bangsa dan tanahair tercinta.

1.Mengembalikan semula peranan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan di dalam menangani polemik sosiopolitik semasa.

2.Mewujudkan kesefahaman antarabangsa serta mengukuhkan ribat ukhuwah dikalangan mahasiswa islam.

3.Menyuntik semangat berkerjasama, cintakan persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan dalam gerak kerja kolektif.

4.Mempertingkatkan kredibiliti Azhari selaku mahasiswa islam yang mendokong aspirasi perjuangan ummah.

5.Menelusuri kronologi agung PMRAM dalam usaha meningkatkan keizzahan dan kecintaan ahli terhadap perjuanganya .

“ BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN “

Seluruh Ahli PMRAM di bawah Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri

 ( BKAN ) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi ( DPM ).

Bekas-bekas penuntut Universiti Al-Azhar.

Persatuan Mahasiswa Universiti tempatan dan luar negara.

Persatuan Mahasiswa Asing di Mesir.

3000 orang  

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )

dengan kerjasama seluruh BKAN dan DPM

Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah

Persatuan Bekas-Bekas Mahasiswa Timur Tengah (PBMTT)

 

9 hingga 14 April 2001

Isnin hingga Sabtu

Dewan Asrama Rumah Melayu, Abbasiah

Dewan Haflah Kubra, Kuliah Perubatan Al-azhar, Seksyen 6

Perkarangan Kompleks Asrama Malaysia, Seksyen 10

Laman Web ini diselenggarakan oleh :

Eksekutif Promosi & Pusat Sebaran Maklumat  

(IHSAS)

 

copyright by mrPresden©