PELANCARAN LAMAN WEB PMRAM 

OLEH YUSRI BIN YUSOFF

Kaherah-9 April 2001, Laman Web PMRAM secara rasmi telah dilancarkan oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia di Kaherah  Dato' Abu Bakar Daud. Laman Web tersebut merupakan laman yang dikemaskini dari masa ke samasa dan berada di bawah penyelarasan Siber Briged PMRAM (SBP)

    Menurut Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Osman  yang merupakan Web Master PMRAM, web tersebut mengandungi pelbagai maklumat mengenai Mesir, Al-Azhar dan PMRAM. Para pelayar internet boleh berkunjung ke alamat www.pmram.cjb.net bagi mendapatkan maklumat-maklumat berikut. Menurutnya lagi, konsep web yang diketengahkan pada kali ini simple, mudah dilayari dan dipenuhi dengan pelbagai maklumat. Para pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai bahan kajian ilmiah dan  iklan-iklan terkini.

    Selain dari mengemaskini laman web PMRAM SBP juga  dilantik menjadi panel hakim dalam pertandingan laman web, slide show dan pamplet sempena IHSAS  baru-baru ini. SBP juga menjadi penyelenggara  komputer-komputer PMRAM yang menghadapi masalah.