Liputan Majlis Ramah Mesra “Jasamu dikenang”
7.40 malam, 9 April 2001
Dewan ARMA

Majlis Ramah Mesra bersama bekas-bekas pimpinan PMRAM

             Isnin, 9 April 7.40 malam bertempat di Dewan Asrama Melayu telah diadakan program “Jasamu Dikenang” merupakan majlis ramah mesra bersama bekas-bekas pimpinan PMRAM. Majlis ini dipengerusikan oleh Presiden PMRAM, Mohd Nizam bin Mohd Noh.  Antara jemputan yang hadir di majlis tersebut ialah Tan Sri Dato’ Abd. Kadir bin Talib; bekas YDP PMRAM 1972, sekarang adalah Imam Besar Masjid Putra Jaya, Dato’ Yusof  bin Nor ; bekas setiausaha Agong PMRAM 1969, Profesor Dr. Abd. Halim bin Muhammadi; bekas YDP PMRAM 1962 sekarang ahli akademik dan pendakwah bebas, Ustaz Abd. Ghani bin Samsuddin; bekas pimpinan PMRAM pada tahun …….  dan sekarang beliau sebagai YDP P.U.M., Ustaz Ismail bin Abd Halim sekarang sebagai pengarah KUSZA, Ustaz Mahmood bin Abdul; pensyarah UKM dan Ustaz Zakaria bin Lutfi.

     Sepanjang majlis itu, sebanyak dua sesi telah diadakan iaitu sesi pertama merupakan ucapan daripada para tetamu yang hadir antaranya, Dr. Muhd Yusuf Nor di dalam ucapannya telah menyarankan agar sebagai pelajar, hendaklah sentiasa mencari sesuatu yang yang baru dalam diri sendiri.

     Apa yang menarik perhatian perwakilan di dalam majlis ini ialah apabila Ustaz Ismail bin Abd Halim mengatakan bahawa kalimah Melayu itu sebenarnya mempunyai makna yang dalam dan hanya boleh dihuraikan oleh mereka yang memahaminya.

     Majlis ramah mesra ini diakhiri dengan sesi soal jawab di antara pelajar dengan para tetamu. Dewan menjadi riuh seketika dengan gelak ketawa perwakilan apabila Datin Suhail (isteri kepada Tan Sri Dato’ Abd Kadir Talib) telah ditanya tentang apakah sebab yang mendorong beliau memilih untuk menjadi ahli PMRAM, adakah disebabkan oleh Tan Sri ataupun sebagainya. Akhirnya, para tetamu dhif-dhif kehormat diiringi untuk menjamu selera. Majlis ditutup dengan Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah kira-kira pukul 10.30 malam.

Disediakan oleh,

Nurul Balqis Mohd Othman

Tim. S/U Eks. Penerbitan.