Make your own free website on Tripod.com

PAMERAN DAN PERTANDINGAN

Rabu 21 Mac- Majlis Eksekutif Pameran dan Pertandingan akan mengadakan beberapa program pameran pada hari berlangsungnya perasmian program IHSAS oleh Menteri Pendidikan Malaysia di Asrama Melayu Abbasiah ( ARMA ).

Antara pameran yang dirancangkan ialah Evolusi dan Kronologi PMRAM, Diari PMRAM, Pameran Pertandingan, kitab dan komputer. Antara lain turut mempamerkan pameran dari pihak luar seperti pameran negara-negara luar dan Malaysia Airlines System (MAS) selama program berlangsung.

Selain pameran yang dipamerkan, Majlis Eksekutif Pameran dan Pertandingan juga mengadakan beberapa program pertandingan yang menarik seperti Laman Web, Slide Show dan Pamplet, Teka Silangkata, Kuiz, Teka Benda, KARISMA, Multikarya bercirikan sajak, cerpen dan esei, Gubahan kekreatifan berkonsep buah-buahan, masakan dan barang terbuang serta juga pertandingan Replika.

Semua pameran tersebut akan bermula daripada awal program IHSAS berlangsung hingga akhir penutup program IHSAS.Semua ahli PMRAM dijemput  hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut dan menunjukkan komitmen kepada persatuan kita.