PERASMIAN SAMBUTAN 70 TAHUN PMRAM (IHSAS)

oleh Yusri bin Yusoff

Kaherah-9 April, Asrama Melayu Abbisiah (ARMA) merakamkan detik penuh bersejarah apabila majlis perasmian Sambutan 70 Tahun PMRAM (IHSAS) dilaksanakan dengan penuh gilang-gemilang. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia Di Kaherah Dato Abu Bakar..Bin Daud yang baru sahaja dilantik menjadi duta Malaysia di Kaherah dua bulan yang lalu. Majlis yang dihadiri hampir 2500 mahasiswa dan mahasiswi ini menandakan bermulanya Sambutan Ulangtahun 70 PMRAM  dan akan berakhir pada 14 April 2001.

        Dato Duta di dalam ucapannya berharap program yang diatur sepanjang IHSAS akan menghasilkan satu perubahan pada PMRAM sesuai dengan tema sambutan IHSAS "Bersama Memimpin Perubahan". Menurutnya lagi program yang diatur sepanjang IHSAS menjelaskan PMRAM telah begitu matang, sematang usia 70 tahun. PMRAM juga menurut beliau  telah berjaya menjaga kebajikan ahlinya khususnya yang berkaitan dengan pengajian pelajar. Malah PMRAM juga pernah menjadi mewakili Tanah Melayu di Mesir terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian ahli. Peranan yang dimainkan oleh PMRAM adalah banyak sekali dari dulu hingga kini telah banyak melahirkan cerdik pandai dan kepimpian negara. Ahli-ahli PMRAM telah banyak menaburkan jasa kepada bangsa dan agama khususnya dam bidang pembangunan dan kemajuan ISlam. Menyentuh persoalan satu kesatuan induk mahasiswa Malaysia di Mesir  beliau menegaskan  kesatuan tidak harus menjadi satu perkara yang memeningkan kepala tetapi PMRAM mesti mengkaji dan mengenalpasti dan memperbaiki mana aman yang tidak disukai oleh pelajar.


      Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran oleh Reaktor Universiti Al-Azhar Profesof Dr. Umar Hashim dan naibnyaProfesor Dr.  Taha Abu Karishah, sheikh Ismail Abdul Halim, YDP Persatuan  Bekas-Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah dan Encik Khalid Bin Abdul Samad, Pengurus MAS kawasan.

    Berita penuh boleh didapati di dalam buletin kedua IHSAS.