Wawancara bersama Ketua Penasihat Pmram

wartawan Mohamad Najmi Bin Abd Rahman

 

Apakah  pendapat ustaz mengenai IHSAS ?

1)            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada wartawan Buletin IHSAS. Pada pendapat saya , IHSAS merupakan  program yang yang baik dan mempunyai matlamat yang jelas. Program ini dianggap berprestij dengan pengisian program yang dirancang dan penglibatan banyak pihak serta kedatangan tetamu kehormat dari Malaysia dan wakil persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia daripada pelbagai universiti. Oleh itu, program ini perlu penglibatan daripada semua pihak dan gembelengan kekuatan serta doa bagi menjayakan program ini.

 Bagaimana pula persediaan yang perlu ada pada setiap azhari bagi menjayakan program IHSAS ini ?

2)         Bagi saya persediaan yang perlu ada terbahagi kepada dua bahagian iaitu persediaan dalaman dan persediaan luaran.Maksud persediaan dalaman ialah semua yang berkaitan dengan ilmu,kekuatan jiwa dan istiqamah. Manakala persediaan luaran pula ialah bentuk-bentuk kemahiran.Secara kesimpulannya, kita perlu mempunyai ilmu sebelum beramal dengan setiap ilmu yang ada. Sebenarnya,usia PMRAM yang semakin matang memerlukan ahli yang mantap dan kental. Jatuh bangunnya PMRAM bergantung kepada ahlinya.

Apakah kata-kata nasihat ustaz buat ahli yang terlibat menjayakan IHSAS ?

3)            Kepada para petugas yang diamanahkan  untuk menjayakan IHSAS, semoga senantiasa bersemangat serta tajdid serta tajrid niat kerana setiap detik setiap masa yang dihabiskan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah subhanahu wata'ala.

Apakah harapan ustaz terhadap program ini ?

4)   Saya berharap agar program ini, akan mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan. Semoga Allah memberkati dan merahmati segala usaha yang dijalankan sebelum dan selepas program ini. Mudah-mudahan  izzah ini mampu memimpin wehdah.

                                                                                             HJ ANHAR OPIR

Ketua Penasihat PMRAM