![]() |
Deklarasi Kaherah 2001 |
![]() |
Sempena Persidangan Mahasiswa Islam Malaysia Sedunia 8 dan 9 April 2001 bersamaan 14 dan 15 Muharram 1422 |
![]() |
1. " Menyelaraskan manhaj gerakan mahasiswa dengan menekankan aspek tarbiyah kendiri dan haraki untuk mencetuskan perubahan besar di peringkat masyarakat ke arah penerimaan dan perlaksanaan Islam yang menyeluruh." |
![]() |
2. "Memulihkan sistem politik Malaysia dengan menghormati prinsip- princip demokrasi sebagai wasilah menegakkan kebenaran, keadilan dan perpaduan dengan memberi hak kepada warga negara yang layak untuk memilah mana- mana parti bagi membentuk kerajaan tanpa sebarang tekanan dan sekatan." |
![]() |
3. " Mewujudkan masyarakat harmonis dan berakhlak mulia yang bertunjangkan keluarga bahagia untuk merealisasikan integrasi nasional dengan sokongan pelbagai pihak." |
![]() |
4. " Mengukuhkan ekonomi umat Islam dengan menggalakkan penyertaan dalam pelbagai sektor dan menggiatkan kerjasama ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa berpaksikan sistem ekonomi Islam." |
![]() |
5. " Mengislah sistem pendidikan negara dengan memberi penekanan kepada aspek penghayatan nilai- nilai murni disamping menitikberatkan keluasan ilmu dan kepelbagaian kemahiran." |
![]() |
6. "Memulihkan sistem kehakiman, pendakwaan dan perundangan selaras dengan konsep keadilan dan kebenaran di dalam pelaksanaannya di Malaysia." |
![]() |
7. "Memastikan keselamatan negara terjamin daripada sebarang ancaman dalaman dan luaran dengan mempertingkatkan pertahanan negara dan keupayaan pasukan keselamatan." |
![]() |
8. " Membudayakan masyarakat dengan aplikasi sains dan teknologi yang berteraskan Islam, penumpuan bidang penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk melahirkan masyarakat pengeluarkat teknologi." |
![]() |
9. " Menjalinkan hubungan yang lebih erat di kalangan umat Islam sedunia dengan meninkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjurus ke arah penyatuan fikrah dan tindakan." |
![]() |
10. " Membela hak- hak wanita dan memartabatkan statusnya selaras dengan Islam serta mengiktiraf peranan wanita dalam pembentukan generasi dan kemasyarakatan." |